THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday 5 March 2012

Aku Suka...! #1 ~ Aku Suka... Anime! ~

Ok lah, aku sedar aku dah lama... lama... LAMA SANGAT!! x update blog ni. Mana tidaknya, sibuk dengan; assignment, tasks, aktiviti universiti. Memang tak boleh nak duduk diam sejak-dua-menjak nih! Lepas kelas, ada je aktiviti kena pergi. Tak pergi, MAMPOS! *amboi*

Dan memandangkan kali ni aku tak tahu apa nak tulis kat sini, so, aku bukakan satu sub-topik yang menggunakan nama 'Aku Suka...!'. Topik ini akan menceritakan pasal apa2 saja benda yang aku suka. hehehe~

Ok lah, kali ni saya *tadi, bukan guna 'aku' ke?* nak ceritakan pasal 'Aku Suka... Anime!'

Yup, memang aku suka anime, dari dulu sampai sekarang! Aku start to watch anime sejak dari kecik lagi! Sekecik mana pun aku tak ingat, tapi apa yang aku tau, aku start sebelum tadika lagi!

Ya, tahun 90-an! Masa tu lah adalah waktu kegemilangan anime...



Doraemon!

TRIVIA: Aku start bercakap BM gara-gara anime ni. WOW! 



Sailormoon!

Dengan kuasa bulan, aku akan menghukummu! Te-hee~ *gediknyeww*



Dragon Ball! *tak tengok pun...*

Dan, sejak itulah, aku mula start tengok anime sampai sekarang! Biarlah kengkawan aku menganggap minat aku ni terlampau kebudak-budakan. *Apa dia? Cakap sekali lagi! Aku tak dengar!*

Dan, animelah sebabnya aku boleh menulis novel sekarang ini *walaupun masih belum bergelar novelis yang official*. Syukur kepada Allah S.W.T. kerana menganugerahkan aku kebolehan ini, walaupun aku masih ada banyak kelemahan dalam segi teknik penulisan.

Sebab tu lah, respons utama yang akan aku dapat dari kawan-kawanku bila mereka baca novel aku adalah...

'Macam anime ..........! Tapi, tetap ada style sendiri!'

Bila diorang cakap cam tu, serius aku rasa terharu dan juga merasa bangga *Ah sudah... bahaya nih!*. Tetapi, memang betul teknik penulisan aku masih lagi lemah. Dan, aku akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan itu.

Eh, lari topik pulak!

BTW, sampai sekarang, aku masih lagi suka tengok anime dari pelbagai genre. Aksi, sci-fi, fantasi, cinta, drama, seram, thriller, misteri, tontonan dewasa dan sebagainya. Aku tak begitu pedulikan genrenya, asalkan ceritanya best.

Tapi, aku sangat gemarkan anime-anime yang memerlukan aku berfikir banyak, walhal kadangkala sampai tak boleh nak faham ceritanya! Antaranya...



 To Aru Majutsu no Index / A Certain Magical Index.

TRIVIA: Inilah anime yang menginspirasikan aku untuk menulis projek novel trilogi 'Imaginari'. 

Dan, anime ni lah berjaya buatkan aku bagai nak pecah kepala semata-mata nak fahamkan cerita ni! Memang pecah kepala! *ish, belum lagi tengok anime pecah kepala yang lain*.  

Kamachi Kazuma-sensei, banzai!


Sebenarnya banyak lagi, tapi aku tak begitu ingatlah tajuknya *sebenrnya yang tu je aku sempat tengok buat masa ni*. So, setakat ni je lah dulu, ya! Jumpa lagi di post yang akan mendatang *bila entah*. Bye!