THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday 19 February 2012

Travel Time: Port Dickson!

Assalamualaikum. Kali ni nak bercerita pasal topik di luar subjek penulisan. Takkanlah nak cerita pasal penulisan je, kalau tak, confirm blog aku tak ada pembaca (walaupun sekarang ini aku masih lagi tak ada pembaca yang follow... -_-")

So, di petang Sabtu, 18hb. Februari tu, tengah kebosanan dan bengang tahap maksima sebab proses penulisan novel Imaginari Siri 2 tak bergerak sedikitpun dek tak ada idea. Aiseymen... -_-" Dan, entah kenapa, dengan tiba-tibanya, ayah aku bercadang secara last-minute nak pergi melancong kat PD. Yes, PD, Port Dickson!

Dan, dalam pukul 4.30 ptg tu, bertolaklah kitorang dari KL ke Port Dickson. Masa tu pun hujan lebat, so, trafik agak sesak la jugak. Ishh... -_-" Dah la aku lupa nak bawak baju sejuk, aku pulak jenis tak tahan sejuk, mau tak rasa nak demam dengan suhu air-cond kereta yang menyengat hingga ke tulang aku. Brrrr!

Ok lah, dan kitorang sampai kat Ancasa Resort & Hotel dalam pukul 8 gitu lepas puas mencari tempat penginapan yang sesuai. Instant last-minute planning punya pasal, wahahaha!

So, malam tu kitorang sekadar keluar pegi makan. And, part yang tak bestnya, dah 2 kali berhenti kat restoran-restoran dek orang yang terlampau ramai.

Ah lantaklah, janji jumpa jugak restoran yang best (bagi aku...).

Dan, lepas tu, kitorang berkaraoke puas-puas! Tapi, sori ye, tak ada gambar. Lupa nak ambik. :P
Karaoke bukan main lagi sampai nak serak suara aku. Nak nyanyi lagu Awie pun dah tak lepas dah~ Wahahaha!

Lewat pagi esoknya, kitorang pun berpesta di pantai! YAY!! Dan, sempatlah aku naik banana boat. Ek? Banana boat? Apa tu? Er...


Ni lah Banana Boat. Tapi, apasal tak nampak macam Banana, but more to 2-Headed Pencil Boat?
 
Memang best sebab dapat peluang naik Banana Boat nih. Meluncur laju gila kat atas air, rasa macam terapung ada. Punyalah jauh meluncur sampai ke pulau, jauh gila dari pantai. Tapi, yang tak bestnya, ada masa dia pusing nak jatuhkan boat tu, dia ada bagi signal suruh ready. Tapi, aku tak nampak sebab rabun. Dan, bila dia jatuhkan boat tu lah, aku dengan terlebih dahulu lemas dalam laut! PERGH!!! MASIN WEH!!
 
Dah lah tu, family aku tak henti-henti ejek aku sebab tak tau apa-apa, ish3... malu weh... >_<" And, kenalah ceramah percuma lagi oleh ayah aku. Uhuhuhuhu.... =D

Bukan setakat banana boat, ada donat boat (?) and jet-ski. Tapi, aku tak berkesempatan nak naik semua tu. Rugi! Ahh, aku pun malas nak cerita lagi. So, biar gambar-gambar di bawah ini menceritakannya, ok?
 
Harris n Nana ~Amboi, senyum bukan main lagi korang ek?~
 
 
 Mama with Harris.


Jom jet-ski!
 
 
Rambut biar kembang (walaupun x kembang), lari-lari, n action!
Begitulah awan nano nano nano nano~
 
 
 Cuzzy ~Kak E~!
 
 
Amboi, Kak Fareesya. Nak coconut ugak, boleh?
 
 
Cewah! Posing di pantai. Lifeguard Princess?
 
 
 Urayamashi... Berposing dalam air! ~From left~ Hanif, Papa, Harris, Mama and Nana.


Nah kau, penangan segar Ombak Rindu!


Baring atas ombak, baju kasi basah, n action!
OMBAK RINDU POSING!
 
Ok, tu je. Ok, bai~

Friday 17 February 2012

Perjuangan Berkarya: Langkah Pertama with Digimon United Revolution!

Assalamualaikum, semua!

Currently listening to:- NICO Touches The Wall - Matoryoshika
Currently playing:- Pokemon Black (NDS)
Currently watching:- Nobuta wo Produce

Kali ini, aku nak ceritakan pasal perjalanan aku sebagai seorang novelis, walaupun sekarang aku masih lagi belum seorang novelis yang official (yang publishkan karyanya di mana2 pihak publisher). If not mistaken, I start writing when I was 15.


Masa tu, aku agak obses dengan satu anime ni, tajuk anime tu Digimon!


Digimon Adventure 02 (My favourite Digimon series until now!)

And, aku suka satu Digimon ni, namanya Veemon. Mesti korang tau kan dia tu siapa? X tau? Ala, dia ni la...
 
 
Veemon! (^_^) Aku suka dia! Cute, tp cool-looking, kan?
 
So, disebabkan aku suka sangat-sangat kat citer Digimon Adventure 02, not to admit also being a die-hard-fan (even until now!) of Veemon, pada detik itulah, saat Allah S.W.T. (syukur kepada-Nya) memberi hidayah kepada aku untuk memulakan langkahku untuk menjadi seorang novelis apabila idea-idea untuk menulis novel berdasarkan siri anime Digimon kegemaran aku ini muncul! YES!
 
Tetapi, kalau sudah namanya first step, so of cuz la idea pada masa tu agak terbantut untuk mencipta satu cerita yang original! So, aku mulakan langkah aku dengan menulis fan-fic pasal Digimon. 
Bagi yang tak tau,  fan-fic ni merupakan bahan fiksyen yang ditulis berdasarkan suatu bahan media; animasi, drama dan sebagainya berdasarkan imaginasi penulis itu sendiri. Selalunya fan-fic ditulis dengan cara meminjam karakter sedia ada dalam bahan media tersebut dan digunakan oleh penulis untuk membawa perwatakan yang baru dalam plot yang ditulis sendiri.

(Kalau ada salah, tolong betulkan ya. = =" )

So, aku startlah menulis cerita ni. Tajuk novel ni, Digimon United Revolution. Masa tu rasanya ada dalam 8 bab, tapi bila baca balik, rasa nak tergelak pun ada. Sebab, ada bab yang cerita pasal entah apa-apa. LOL! 

Tetapi, masa tu agak kecewalah sebab tak ada idea nak teruskan cerita tu, so aku terpaksa tangguhkan cerita tu sampailah aku masuk form 5! Masa tu lah, the real step begins!

Ketika itulah, idea nak menulis Digimon United Revolution dah muncul dengan banyak gila! Aku pun terfikir ugak kalau jalan ceritanya dah okey, tapi, aku agak tied-up dengan SPM! Dah lah tu, idea datang masa bulan 6 pulak tu! Gila! Nak menulis novel masa-masa ni? Cari maut ka?!

Tapi, syukurlah, Allah permudahkan perjalanan aku. And, tup-tup, lepas 1/2 tahun usahakan projek tu, cerita tu dah beres sepenuhnya!

Dan hasilnya...


Huhu! Berapa banyak buku yang aku dah korbankan nak rangka plot untuk Digimon United Revolution! Adalah dalam... lebih kurang 30 bab gituh!
 
Alhamdulillah, kan? Bila aku dah habiskan cerita tu, Masya-Allah, bukan main melompat lagi aku! Gila syok rasanya! Bukan senang nak abiskan novel dalam 30 bab tu (padahal kalau kira muka surat, x sampai 200 muka surat pun, hehehe...)!
Cerita ni formatnya dalam bahasa Inggeris, and aku ada post kat laman web art-sharing, DeviantArt. Link? Ada! Check kat tepi kanan tu ek! Hehe!

Alhamdulillah, dapat sambutan. Ada pembaca rata-rata dari Malaysia, Indonesia (termasuk Bring Mad, pelukis Imaginari) dan jugak U.S.A.! Memang kalau ikutkan, sambutannya tak berapa menggalakkan sebabnya kat DeviantArt, fokusnya kepada lukisan, bukannya penulisan. 

So, sekarang ni, aku dalam proses translatekan novel Digimon United Revolution ni dalam Bahasa Melayu dan jugak buat perubahan sikit pada plotnya. Agaknya, entah berapa versi / beta / kali daa cerita ni diedit...?

Okeh, setakat ni saja dulu! Thanks for reading! Bye-bye!

Wednesday 15 February 2012

Selamat Datang!





Entah kenapa tiba-tiba rasa nak berblogging semula. Bukannya sebelum ini tak pernah blogging, tapi selalu mati di tengah jalan je. Memang banyak yang aku tak tahu pasal blogging, tapi, I think I'll put it as simple as possible. Because, I'm not a famous or top-rated blogger to begin with. So, be myself is better, kan?

Anyways, nama aku Hasif Rayyan, dikenali sebagai Yuuji Takashi di dunia internet. Nama sebenar / panggilan di dunia realiti dirahsiakan atas sebab ianya tidak perlu.

Aku suka tengok anime, baca manga dan playing video games in my free time.

Selain bergelar sebagai seorang pelajar kolej, aku pun merupakan seorang part-timer net-novelist. Aku sekarang tengah berusaha untuk tamatkan dua projek novel iaitu:

- Siri Trilogi ~Imaginari~
- Digimon United Revolution

Kalau nak baca, bolehlah pegi kat link-link yang aku dah sediakan kat tepi post aku ni ye.

Dalam blog ni, aku akan guna Manglish, English, Malay and few Japanese words.

Okeh, that's it. Bye-bye!