THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 4 April 2012

Best Moment #1 - Anime Fiesta KL

Okeh, aku sedar dah hampir sebulan blog 'Pena Diari' aku x ber-update. So, mintak maaf bebanyak2 akibat kekangan assignment dan aktiviti-aktiviti kolej yang terlalu suka mengekang masa aku. Hahaha.

Okeh, for now. Aku nak cerita pasal Anime Fiesta KL (AFKL) 2012. Apa tu AFKL? Ha, ini dia!



Anime Fiesta ni event untuk peminat animanga dan games seperti Comic Fiesta dan Anime Festival Asia serta mana-mana event yang berkaitan dengan animanga dan games.

So, nak dipendekkan cerita, ni merupkan first time bagi aku sebab diberi peluang untuk pergi ke event-event macam ni. Sebelum ni, selalu je tak boleh nak pergi disebabkan banyak faktor yang tak boleh dielakkan.

Tapi, apa yang lebih best, apabila aku dijemput oleh admin forum Mynime.com, iaitu Aizat Deen-sama untuk menjadi staff AFKL! Fuyoo! It's an honor, beybeh~! :D

  
Candid picture of Aizat Deen-sama (berbaju hitam).

Okeh, Aizat Deen ni merupakan admin kepada forum anime Malaysia, Mynime.com. Atau lebih mesra dipanggil 'Taiko' or 'Bapak Zombie'. 


Okeh, *berapa banyak okeh daa....* nak dipendekkan cerita, aku bersetuju untuk bekerja sebagai staf yang menjaga Anime Theather Screening Room kat AFKL. Bak kata seorang kawanku, sambil bekerja, sambil tengok anime secara free! Yes! Aku pun bukannya ada masa sangat nak cover semua anime. Assignment, kerja, aktiviti kolej semua berpakat bersatu nak halang aku dari buat semua kerja ni.

Apa? Tak percaya? Ishh! Korang nih! Nah bukti!


Aku tak tipu, ya. Korang ada? *trolling attempt*

Anyways, sebut pasal tugas ni. Macam aku cakap tadi, tugas aku adalah untuk jadi staff kat Anime Movie Screening Room. Apa tu? Ia lebih kurang macam panggung wayang kecik. Cuma, movie yang ditayangkan adalah anime movie sahaja. 

Dan, anime movie yang dischedulekan untuk ditayangkan adalah...


(dari kiri...)
The Disappearance of Haruhi Suzumiya
Bungaku Shoujo The Movie
Fate / Stay Night: Unlimited Blade Works
Fullmetal Alchemist Movie: The Sacred Star of Milos
Mobile Suit Gundam Unicorn

Ok lah, sekarang ni aku nak cerita sikit apa yang aku lalui masa Anime Fiesta KL nih. Mesti ada yang tau event ni banyak masalahnya, dan puncanya adalah dari pihak management KLCC yang tiba-tiba suka hati mak-bapak-datuk-tok cik-diorang je cancel reservation untuk langsungkan event ni kat KLCC. Damn~ So, event terpaksa bertukar tempat di Level 14, Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square. 

Anyways, memang bestlah (bagi aku) sebab diberi peluang untuk pergi fiesta macam ni. So, antara tarikan-tarikan event ni adalah...
















(Taken by Alan Chin.  FB page beliau ada kat sini.) 

1) Maid and Butler Cafe

Apa tu Maid? Apa tu Butler? Maid ni diterjemahkan sebagai pembantu rumah. Butler pulak diterjemah sebagai pelayan dalam sebuah rumah. So, cafe ni amat popular kat Jepun. Dan kat Malaysia pun dah ada Maid & Butler Cafe sendiri. Kat mana tu? Rujuk sini. Jangan risau, kedai ini halal! No pork and no alcohol!

Maid (selalunya) akan ditugaskan untuk melayan pelanggan lelaki, manakala Butler (selalunya) akan ditugaskan untuk melayan pelanggan perempuan. Dan memandangkan kafe sebegini barangkali akan mengundang kontroversi agama (selalunya), ada beberapa peraturan telah ditetapkan.

  • Tak boleh bertanyakan soalan peribadi (seperti no. H/P, nama sebenar) kepada mana-mana pelayan.
  • Tak boleh melakukan sebarang persentuhan secara fizikal.  

Dan, ni antara gambar-gambar maid & butler yang bertugas pada hari itu...


Para butler. 


Para maid. 

(both taken by my friend, Lin Chronicle)

P/S:- Gambar lelaki bercermin mata di atas itu bukan aku. Tetapi, kawanku, Jimmy. 

Seperti yang korang tengok, butlernya hensem-hensem, manakala maid nya pula cute-cute, comel-comel, dan cantik-cantik. Haha! Okeh... next tarikan...

2) Cosplay

Apa itu cosplay? Cosplay tu berasal dari perkataan custome play yang dipendekkan dan digunakan di negara Jepun. Cosplay ni macam pakaian beragam. Tetapi, pakaiannya adalah berdasarkan dari pakaian watak-watak dalam anime, manga ataupun games.

Dan... ada juga cosplayer yang datang memeriahkan event ni. Meh aku share dengan korang gambar-gambarnya.












(taken by Alan Chin. Nice pics, dude!)


3) Special Guest

Okeh, kali ni nak cerita pasal kemunculan seorang tetamu yang datang dari jauh! Dan orang itu adalah... 


Darrel Guilbeau

Sape dia ni? Haha! Darrel Guilbeau ni pelakon suara yang berasal dari Los Angeles. Dia dapat role yang memacam-macam dari anime dan games.

Antara watak-watak anime yang disumbangkan suaranya adalah:-

 






















Mikado Ryuugamine (Durarara!!)


















Satoshi Hojo (Higurashi No Naku Koro Ni)
























Sousuke Kawara (Samurai Champloo)


























Layle (Final Fantasy Crystal Chronicles)
























Viewtiful Joe (Marvel vs. Capcom 3)


...dan banyak lagi! Korang boleh check pasal Darrel Guilbeau kat sini

Aku rasa tu je lah kot. Memang best sebab diberi peluang untuk menghadiri dan bertugas dalam event ni. Syukur Alhamdulillah, walaupun ada macam-macam masalah yang tak boleh nak dielakkan...

Last but not least...


Thank you, korang. Sebab beri peluang kat aku untuk merasai sendiri betapa syoknya event AFKL nih. Aku harap kita boleh jumpa lagi, Insya-Allah. Love you guys! <3

Okeh, that's it. Buh-bye~