THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday 26 May 2012

Status projek NOVEL: Imaginari

Assalamualaikum. Hello. Konnichiwa. Salam sejahtera. *belum apa2 dah melalut, haish...*

Ok lah, kali ni aku nak cerita sikit pasal status projek NOVEL aku yang bertajuk 'Imaginari'? Ingat x?
By the way, korang mesti ingat kan pasal baru2 ni proposal novel aku di-reject oleh syarikat penerbitan PTS kerana terlampau banyak kelemahan n turut ada kontroversi akidah.


Seriously, I was deeply shocked! 0_0

Bukan terkejut sebab kelemahan gaya penulisan aku *sebab dah bersedia untuk menerima kritik ini*, tapi bila ada kontroversi akidah tu. Serius aku tergamam!
Dan sebut pasal gaya penulisan aku, aku tak dapat nafikan bahawa novel aku macam ada unsur 'komikal', sebab tu buatkan orang rasa janggal nak baca. 

Oh well, itu bisa diubah bah~ *I'm not Sabahan*.

Ok lah *dah start lari topik*, jadi sekarang ni aku sedang giat menulis semula novel Imaginari siri pertama. Cadangnya nak buat tiga siri / trilogi, tapi tengok pada keadaanlah dulu macam mana. 

Untuk pengetahuan korang, projek novel ini telah ditukar menjadi projek NOMIK. Ek? Nomik itu apa kejadah? Ok lah, ni istilah baru yang dicipta oleh pihak PTS *kalau salah source, sori* yang bawa maksud  'novel + komik = nomik'. Ada faham? Contoh nomik-nomik yang ada di Malaysia...


Young Aisyah The Series

Sehingga pada tarikh post ini ditulis, terdapat 11 siri nomik Young Aisyah diterbitkan.
Ditulis oleh Saridah Hamid dan dilukis oleh pelukis novel grafik Shootz!, Reja Mus.

 Lawak Sekolah

Projek nomik ini baru sahaja diperkenalkan pada tahun ini dan diterbitkan buat pertama kalinya pada event PBAKL 2012. Sehingga post ini ditulis, siri pertama Lawak Sekolah yang bertajuk 'Lawak Sekolah: Belajar Berkenalan' telah diterbitkan. Saya diberitahu bahawa khabarnya hendak menulis sebanyak 10 siri. ^_^ Weee~ Tak sabar nak tunggu!

Ditulis oleh Ain Maisarah, penulis novel remaja popular siri 'Aku Mahu' dan Azanil Fitri.
Dilukis oleh rakan komikus, Aman Wan! ^_^

*Oi! Lari topik lagi!*




Haha! Sori-sori-sori!

Ok lah, macam aku cakap tadi, disebabkan projek ini juga memerlukan seorang komikus, maka aku telah bekerjasama dengan seorang pelukis komik ni. Sebenarnya, aku diajak oleh dia. Aku sangat berterima kasih kepada dia. Kalau tak, mungkin aku terus give-up nak jadi penulis masa kena reject hari tu *berdramatik la pulak....*.

Ok, siapa si dia tu? Mari aku perkenalkan... Jeng3! 



*Uik~ Dia ni...*


Oi! Bukanlah! Ini photoshop je lah! Not real! LOL!

By the way, yup, inilah orangnya. Kalau gambar x jelas, sorilah *aku sengaja pilih gambar nih, wahahaha*. Apa-apapun, meh aku perkenalkan dia ni. Namanya Hazwan Zai Ibrahim. Dia sedekad lebih tua dari aku *bolehlah aku anggap Hazwan ni big-bro aku*. Aku kenal dia masa perjumpaan ArtiSeni kat Mid Valley Januari lepas.

Masa tu, sempatlah tengok hasil projek lukisannya... Meh aku perkenalkan sikit~


Jeng3! Perkenalkan projek C.U.T.E. *Cute-nya~*


C.U.T.E. merupakan akronim bagi Combat Unique Tactical Elite yang dilukis oleh Hazwan sendiri. Masa aku tengok lukisan Hazwan, aku rasa macam...


Hyaaa!! KA-KKOI! SU-GOI! 

Yup, memang aku tergamam. Sangat cantik lukisannya *dari aku yang x leh nak melukis T3T*

And, bila Hazwan sendiri bersetuju untuk bekerjasama untuk jayakan projek 'Imaginari', I was like...


Uso! Maji? Nande? Huwaa!! Ari e nai! *masuk mod merapu bahasa Jepun*

tapi, tak leh nak dinafikan ugak...


KYAAA~ I feel so honored! XD 

Ok lah, apa-apapun, sepertimana pasangan pelukis dan penulis manga Jepun, Takeshi Obata dan Tsugumi Ohba (Death Note & Bakuman)...

...dan juga pasangan pelukis dan penulis komik tempatan...

Afiq Salam Feeqry & Nazry Salam Feeqry (Siri Misi dan Siri Aviasi Fantasi)

...kami juga akan mengikut langkah mereka bertiga ini untuk memeriahkan industri komik dan novel tempatan~ Insya-Allah. Harap-harap dengan karya kami berdua, sedikit sebanyak dapat mengangkat industri komik dan novel tempatan ke peringkat antarabangsa.

Oh wow, aku rasa aku dah banyak sangat menulis ni... Last but not least... aku ada sesuatu nak  untuk korang! ^_^


Dilukis oleh Hazwan Zai Ibrahim.
Ni baru 'mock poster'. Bakal ada perubahan nanti.


~OUT~ 
Jaa niii~ 




Saturday 5 May 2012

PBAKL 2012

Huhu, kali ni aku nak cerita pasal pengembaraan *eik? lebih2 nampak* aku ke PBAKL 2012.


PBAKL 2012 ni merupakan nama singkatan bagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 atau nama Englishnya, Kuala Lumpur International Book Fair 2012. Diadakan selama 10 hari dari 27hb. April - 6 Mei 2012 di Putra World Trade Centre (PWTC) @ nama Melayunya Pusat Dagangan Dunia Putra.


Aku ni pun dah lama sangat tak merasai kemeriahan suasana pesta buku, paling last sekali aku pergi pesta buku  KL ni pun masa aku darjah 4. Tu pun nasib baik sebab kebetulan aku ikut ayah aku yang ada kerja kat KL masa tuh. Haha!

Btw, aku tak akan sertakan gambar kemeriahan suasana pesta buku tu. Sori... T^T Tapi, apa yang pasti memang meriahlah. Orang pun ramai gila, kadang2 nak jalan pun susah. Lagi sayang, aku langsung tak berkesempatan nak jumpa dengan penulis-penulis novel / komikus kegemaran aku. Awawawa... Sangat rugi... T^T

Tapi, aku akan sertakan gambar-gambar 'habuan' aku di sana. Banyak gila novel and komik aku beli, rasanya aku habiskan RM100 baucar buku n RM70 duit aku sendiri.


Pac - Twinx #1 + #2
Sitrahaslee - Takaza #1 + #2
Tembakau - Kartini #1 + #2


Bahruddin Bekri - Skuad Halimunan
Aviltone - Hibrid
Nazry Salam - Komika: Ada Apa Dengan Komik?
Aman Wan (Pelukis) + Ain Maisarah & Azanil Fitri (Penulis) - Lawak Sekolah: Belajar Berkenalan


Reja Mus - Shootz! #4
Froggypapa - Super Safee #1
Azhar Abdullah - Liga Pendekar: Perikatan Adiwira
Siri Antologi Komik-M: Aku, Kau & Cinta #1


Aviltone - Hibrid #1
Afiq & Nazry - Misi 10A Plus
Foner - Smash20 #1



Tadatada - Komik Lee Chong Wei: Jejak Libasan Jaguh #1 + #2



Gina Yap Lai Yoong - Ngeri
Ain Maisarah - Impiana: Misteri Terbongkar

Dan, apa yang paling best adalah aku berpeluang untuk bergambar dengan seorang komikus dan juga vlogger yang terkenal dengan video parody Iklan Gangster di YouTube. Dan, orangnya adalah... ~turuturuturuu~


Aman Wan! *tepuk3*

Masa ni tengah ambik gambar masa Aman Wan tengah sibuk bekerja kat Kedai Pink Ain Maisarah sambil mempromosikan nomik terbaru hasil kolaberasi dengan penulis Ain Maisarah dan Azanil Fitri dengan tajuk,
Lawak Sekolah: Belajar Berkenalan. 




Dan, yang paling best. Aku dapat autograf dia~ YAY!!!! XD

Thanks, Aman sbb sudi luangkan masa semata2 nak melayan hasrat aku nak bergambar dengan kau walhal kau tengah sibuk masa tu. Ko sangat sporting, as always, bro~ Tq!

Okeh, itu aja. Buh-bye! 

Tuesday 1 May 2012

Manuskrip 'Imaginari I' ditolak.

Assalamualaikum, lama dah aku tak menulis kat blog ni. Sorry-sorry-sorry-sorry~ *apa kejadah pulak nyanyi lagu SuJu nih?*


Ye, aku ada berita kurang best nak dikongsi. Okeh, here goes.

Manuskrip novel 'Imaginari I' aku ditolak!


Alah... biasalah tu, kan????? .... Ok, aku akan cakap jujur dengan korang.. Reaksi aku adalah...


SEDIH!!! T^T

T__T

TAT

Allah S.W.T. je yang tahu betapa sedihnya aku, walhal aku tak berendam air mata sekalipun. Tapi, menangis pun tak guna *kadang2 je berguna*. Jadi, aku dah buat keputusan untuk perbaiki kelemahan novel 'Imaginari I'. Dah banyak pandangan orang aku mintak, dan kebanyakannya mengiyakan fakta yang mengatakan bahawa novel aku masih terlalu banyak kekurangan *eik? datang dari mana pulak Bahasa Melayu Tulen nih?*

Jadi, aku x leh berputus asa! Aku pasti Allah S.W.T. akan tolong aku. Aku rasa dia sendiri pun nak cakap kat aku suruh diperbaiki lagi! Lagipun, mana ada penulis novel yang boleh debut dalam sekali cuba saja, unless, kalau dia benar-benar berbakat / bernasib baik!

So, tak nak sedih-sedih dah! Aku kena berusaha lagi! YUP! Meh berusaha! Ganbatte!


Korang! Doakan aku supaya aku sentiasa berusaha supaya aku boleh tengok novel aku tersusun kat rak kedai buku suatu hari nanti ek! OKEH~ Bye!