Assalamualaikum. Kali ni nak bercerita pasal topik di luar subjek penulisan. Takkanlah nak cerita pasal penulisan je, kalau tak, confirm blog aku tak ada pembaca (walaupun sekarang ini aku masih lagi tak ada pembaca yang follow... -_-")
So, di petang Sabtu, 18hb. Februari tu, tengah kebosanan dan bengang tahap maksima sebab proses penulisan novel Imaginari Siri 2 tak bergerak sedikitpun dek tak ada idea. Aiseymen... -_-" Dan, entah kenapa, dengan tiba-tibanya, ayah aku bercadang secara last-minute nak pergi melancong kat PD. Yes, PD, Port Dickson!
Dan, dalam pukul 4.30 ptg tu, bertolaklah kitorang dari KL ke Port Dickson. Masa tu pun hujan lebat, so, trafik agak sesak la jugak. Ishh... -_-" Dah la aku lupa nak bawak baju sejuk, aku pulak jenis tak tahan sejuk, mau tak rasa nak demam dengan suhu air-cond kereta yang menyengat hingga ke tulang aku. Brrrr!
Ok lah, dan kitorang sampai kat Ancasa Resort & Hotel dalam pukul 8 gitu lepas puas mencari tempat penginapan yang sesuai. Instant last-minute planning punya pasal, wahahaha!
So, malam tu kitorang sekadar keluar pegi makan. And, part yang tak bestnya, dah 2 kali berhenti kat restoran-restoran dek orang yang terlampau ramai.
Ah lantaklah, janji jumpa jugak restoran yang best (bagi aku...).
Dan, lepas tu, kitorang berkaraoke puas-puas! Tapi, sori ye, tak ada gambar. Lupa nak ambik. :P
Karaoke bukan main lagi sampai nak serak suara aku. Nak nyanyi lagu Awie pun dah tak lepas dah~ Wahahaha!
Lewat pagi esoknya, kitorang pun berpesta di pantai! YAY!! Dan, sempatlah aku naik banana boat. Ek? Banana boat? Apa tu? Er...
Sunday, 19 February 2012
Travel Time: Port Dickson!
Ni lah Banana Boat. Tapi, apasal tak nampak macam Banana, but more to 2-Headed Pencil Boat?
Memang best sebab dapat peluang naik Banana Boat nih. Meluncur laju gila kat atas air, rasa macam terapung ada. Punyalah jauh meluncur sampai ke pulau, jauh gila dari pantai. Tapi, yang tak bestnya, ada masa dia pusing nak jatuhkan boat tu, dia ada bagi signal suruh ready. Tapi, aku tak nampak sebab rabun. Dan, bila dia jatuhkan boat tu lah, aku dengan terlebih dahulu lemas dalam laut! PERGH!!! MASIN WEH!!
Dah lah tu, family aku tak henti-henti ejek aku sebab tak tau apa-apa, ish3... malu weh... >_<" And, kenalah ceramah percuma lagi oleh ayah aku. Uhuhuhuhu.... =D
Bukan setakat banana boat, ada donat boat (?) and jet-ski. Tapi, aku tak berkesempatan nak naik semua tu. Rugi! Ahh, aku pun malas nak cerita lagi. So, biar gambar-gambar di bawah ini menceritakannya, ok?
Harris n Nana ~Amboi, senyum bukan main lagi korang ek?~
Mama with Harris.
Jom jet-ski!
Rambut biar kembang (walaupun x kembang), lari-lari, n action!
Begitulah awan nano nano nano nano~
Cuzzy ~Kak E~!
Amboi, Kak Fareesya. Nak coconut ugak, boleh?
Cewah! Posing di pantai. Lifeguard Princess?
Urayamashi... Berposing dalam air! ~From left~ Hanif, Papa, Harris, Mama and Nana.
Nah kau, penangan segar Ombak Rindu!
Baring atas ombak, baju kasi basah, n action!
OMBAK RINDU POSING!
Ok, tu je. Ok, bai~
Posted by Hasif Rayyan at 17:02
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment